Najasyi Asham bin Abjar adalah raja negeri Habsyah di zaman Nabi Muhammad. Namanya Ashhama bin Al-Abjar. Beliau masuk Islam setelah mendengar dakwah dari Ja’far ibn Abi Thalib. Menurut riwayat Ja’far pindah ke negeri Habsyi karena mendapat siksaan dari kaum musyrikin Mekah.
Najasyi berjanji tidak akan menyiksa rombongan dari Mekah itu meskipun diberi segunung emas.
Nabi Muhammad dikatakan pernah ke Habsyah semasa membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid. Muhammad juga dua kali pergi ke Syam (Syria), Yaman dan Bahrain. Nabi Muhammad pernah mengirim 6 surat mengajak raja-raja ketika itu memeluk Islam. Kebanyakan surat ditulis oleh Zaid bin Thabit.
Rasulullah mengutus surat kepada Raja Najasyi berhubung keadaan Ja’far ibn Abi Thalib. Surat itu dibawa oleh Amr bin Umayyah ad-Dhamri. Surat itu telah dibalas dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad. Beliau juga mengirim adiknya yang bernama Ariha bin Ash-Ham bin Abjar.
Raja Najasyi juga menikahkan Nabi dengan Ramlah binti Abi Sufyan bin Harb. Ramlah pernah berhijrah ke Habsyah tetapi suaminya Ubaidillah bin Jahsy mati di sana. Ramlah digelar Ummu Habibah. Setelah terus disiksa, Ubaidillah memeluk agama Nasrani, mabuk-mabuk dan akhirnya mati karena minum arak. Najasyi membayar mas kawin (mahar) sebanyak 400 dinar emas bagi pihak Rasulullah. Akad nikah diadakan di Habsyah. Najasyi menghantar Ramlah dan beberapa orang lain ke Mekah dengan dua buah perahu. Najasyi juga menghadiahi Rasulullah tiga tongkat terbaik buatan Habsyah. Juga sebentuk cincin emas.
Najasyi meninggal pada bulan Rejab 9 H. Aisyah Abu Bakar melaporkan bahawa kubur Najasyi terlihat cahaya. Rasulullah mengadakan solat ghaib iaitu sembahyang jenazah dari jauh. Rasulullah tidak pernah solat jenazah ghaib sebelum ataupun sesudah meninggalnya raja Najasyi.
Doa Raja An Najasy Tulisan Arab dan Artinya
Di bawah ini adalah doa yang pernah dibaca Raja An Najasyi:
رَبَّنَااٰمَنَّافَاكْتُبْنَامَعَ الشَّاهِدِيْنَ
Rabbanaa aamannaa faktubnaa ma’asy syaahidiina.
“Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad saw). “ (al Maaidah ayat 83)