Nabi Yusuf a.s. merupakan salah seorang daripada golongan nabi dan rasul yang wajib diketahui. Kisah beliau dikisahkan dalam Al Qur’an yaitu dalam Surat Yusuf. Kisah baginda turut dikisahkan dengan nama Joseph, dalam Perjanjian Lama,
Nabi Yusuf merupakan putera ketujuh (ada sumber mengatakan anak kesebelas) Nabi Ya’qub. Beliau mempunyai 12 orang saudara lelaki dan mempunyai paras yang tampan. Ibu kandungnya wafat ketika beliau berusia 12 tahun. Saat Nabi Yusuf dijadikan wazir di negara Mesir, dia berdoa kepada Allah dengan doa di bawah ini:
فَاطِرَالسَّمٰوَاتِ وَالْاَ رْضِ اَنْتَ وَلِيِّ فِى الدُّنْيَاوَالْاٰ خِرَةِتَوَفَّنِىْ مُسْلِمًاوَاَلْحِقْنِىْ بِالصَّالِحِيْنَ
Faatiras samaawaati wal ardhi anta waliyyi fid dunyaa wal aakhirati tawaffanii musliman wa alhiqnii bish shaalihiina.
“Ya Tuhan kami pencipta langit dan bumi. Engkau lah pelindungku di dunia dan akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang shaleh.” (Yusuf ayat 101)