Najasyi Asham bin Abjar adalah raja negeri Habsyah di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Dalam tradisi Islam, beliau yang beragama Nasrani (Kristian) memeluk Islam kemudiannya. Sejarahwan Barat pula berpendapat bahawa beliau berpegang teguh kepada agama asalnya sepanjang hayatnya.
Namanya Ashhama bin Al-Abjar. Beliau masuk Islam setelah mendengar dakwah dari Ja’afar ibn Abi Thalib menurut tradisi Islam. Jaafar dan Muslim Makkah lain menjadi pelarian dengan menyeberangi Laut Merah terus ke negeri Habsyah. Kumpulan ini melalui Tanduk Afrika kerana lautnya lebih sempit. Semasa di Makkah, mereka menderita diseksa oleh orang musyrikin.
Najasyi berjanji tidak akan menyiksa rombongan dari Mekah itu meskipun diberi segunung emas. Apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad tentang Maryam dan Nabi Isa benar-benar belaka. Berikut ini adalah doa yang dibaca oleh Raja Najasyi.
رَبَّنَااٰمَنَّافَاكْتُبْنَامَعَ الشَّاهِدِيْنَ
Rabbanaa aamannaa faktubnaa ma’asy syaahidiina.
“Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad saw).” Al Quran surat al Maaidah ayat 83